Hari Aku Dengan Semut.

Assalamualaikum!

Aku berdiri di situ. Microphone berdiri di depan. Microphone yang berbalut sponge hitam. Tahu? Kalau tak berbalut, isinya besi, solid. Tapi kalau berbalut, nampak macam pemukul gendang, bulat. Aku ada persepsi buruk pada mic itu. Seolah2 ia akan mensabotaj aku seperti mana aku selalu disabotaj tanpa sedar. Aku tolak butang on. Bergema. Dan aku pun bersuara..

Bla bla bla..
.
.
.
.
.
IKHLAS TU UMPAMA SEMUT HITAM DI ATAS BATU HITAM DI MALAM YANG GELAP.
Ikhlas itu hak Allah. Siapalah kita hendak menentukan ikhlas atau tidaknya seseorang?
Wallahualam.

Hari itu berlalu sangat perlahan. Ayat semut diperkatakan.

Ada yang sangka aku bermadah. Tidak, kawan. Aku bukan bermadah. Itu adalah sepotong hadis. Indah bukan? Mungkin aku dibayangi dengan personaliti ranggi maka agak sukar mempercayai aku mengingati sepotong hadis..(dua potong mungkin agak sukar)

Ada yang sangka aku menangis. Tidak. Aku tidak menangis. Manakan beremosi untuk meraih simpati? Nada falsetto mungkin memberi impak tambahan ke dalam hati kalian, mungkin?

'Suara lu sedap lol. Macam artis.' -  Ahah! Ternyata microphone berbalut berbuat baik kepada aku hari ini. Yang pasti aku bukan menyanyi. Aku harap mereka mendengar.

* ps - Amacam? Tersirat tak entri ni?


Comments

ghost said…
pada mulanya aku seolah sudah memahami gitu,tapi ternyata aku masih perlu perhalusi pemahaman aku kerna entry ini beda amat dari yang entry2 yang aku pernah baca dan selongkar..
Kendian aku kembali dan mau mikir..hehe.ternyata cuma sesuku aku siratkanya.

pemikiran yang bagus.love this entry.
..nOWa.. said…
encek biskut - terima kasih krn cuba memahami.. :)
..nOWa.. said…
sayrah - tak faham tak apa.. ;)
Hunny said…
Uhuuh.. Suara u memang sedap..:P

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.